VPN? Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. VPN adalah Virtual Private Network atau dalam bahasa Malaysianya adalah Rangkaian Pribadi Maya.Jika sebelum ini kita pernah dengar tentang SKMM menyekat laman perkongsian fail. Jadi apa gunanya VPN ini? Ia merupakan rangkaian peribadi anda dimana tiada seorang pun boleh tahu apa yang anda lakukan termasuk pembekal
perkhidmatan internet. Bezanya VPN dengan rangkaian biasa ialah dalam rangkaian biasa, kita mempunyai jejak yang ditinggalkan di internet dimana sesiapa sahaja boleh menjejaki anda termasuk lokasi anda.
Baiklah. Dibawah merupakan contoh lokasi saya sebelum saya mengunakan VPN.
Jadi lokasi saya sekarang di kuala lumpur. Lokasi sebenar saya hampir-hampir tepat. Sekarang saya akan mengunakan VPN.
Alamat saya sekarang berada di German. Walaupun saya berada di Malaysia. Jika anda tidak mengunakan VPN, anda senang untuk dijejaki. Apa yang menariknya, pengodam boleh menyusup masuk kedalam ADSL router anda dengan mudah. Terutamanya bagi penguna streamyx tidak tidak mengudah kata laluan ADSL anda.
Kelebihan mengunakan VPN:
1) Segala aktiviti anda didalam talian adalah rahsia.
2) Tahap keselamatan yang tinggi.
3) Tiada sesiapa boleh menjejaki dimana anda.