10 Jenis Perisian Proxy Percuma Terbaik

Sunday, June 26, 2011

Di sini saya senaraikan 10 jenis perisian proxy terbaik yang boleh dimuat turun secara percuma oleh anda. Saya senaraikan mengikut ranking oleh saya sendiri. Anda boleh mencubanya satu persatu mengikut kesesuaian tempat anda berada. Misalannnya, jika tempat kerja anda atau Universiti/Kolej/  dan sebagainya blok laman-laman web tertentu, ini mungkin jalan altenatif anda. Selamat mencuba (:

1. Ultrasurf

Ultrasurf merupakan pilihan pertama saya kerana ia pantas dan anda tidak perlu membuat proses instalasi. Anda boleh run program ini secara langsung. Apabila anda run Ultrasurf, ia secara automatik akan buka Ultrareach hompage di dalam IE.(boleh disable kan kalau anda tak mahu pada setting). Pada browser yang lain anda boleh set kan HTTP proxy kepada 127.0.0.1 dan port kepada 9666. Untuk memudahkan anda enable dan disable pada Firefox, anda boleh install add on Ultrasurf jika mahu.

Download Ultrasurf sekarang


2. Freegate


Freegate juga boleh di run secara langsung tanpa membuat proses instalasi, Apabila anda run Freegate, dengan secara automatik ia akan buka Dynaweb homepage dalam IE(sama juga macam Ultrasurf, anda boleh tutup fungsi ini pada bahagian setting). Pada mana-mana browser yang lain, anda boleh set kan HTTP proxy kepada 127.0.0.1 dan port: kepada 8580.

Download Freegate sekarang


3. GTunnel

Apa yang menarik tentang GTunnel ialah anda boleh akses rangkain proxy(proxy network) dengan menggunakan akaun GTalk atau akaun Skype. Apabila anda run GTunnel, ia akan secara automatik buka Garden Network homepage pada IE, Jika anda mahu guna GTunnel pada browser lain, seperti biasa boleh set HTTP proxy kepada 127.0.0.1 dan port kepada 8081.

Download GTunnel sekarang


4. Tunnelier

Anda memerlukan SHH akaun untuk guna proxy ini di http://www.bitvise.com/

Untuk SHH akaun anda, anda boleh gunakan hosting anda sendiri, atau search sendiri untuk akaun percuma.

Anda perlu set pada browser iaitu HTTP proxy kepada 127.0.0.1 dan port 7070.

Download Tunnelier sekarang


5. Tor



Untuk Windows, anda boleh muat turun Tor Browser Bundle, dimana anda boleh gunakannya secara langsung tanpa perlu membuat proses instalasi, ataupun anda boleh muat turun Installation Bundle. 

Untuk run Tor, set alamat HTTP proxy kepada browser kepada 127.0.0.1 dan port kepada 8118.


Download Tor sekarang

6. YourFreedom




Cipta satu akaun percuma di lama web http://www.your-freedom.net/, muat turun dan install client yang bersesuian pada sistem komputer anda, tukar alamat HTTP proxy pada browser anda kepada 127.0.0.1 dan port kepada 8080, Kemudian bolehlah buka laman-laman web yang kena blok.


Proses konfigurasi akan mengambil beberapa minit, tetapi ia dilakukan secara automatik. 

7. GPass


Apa yang menarik tentang GPass ialah anda boleh akses proxy network menggunakan Tor atau Skype. 

Seperti biasa anda perlu set alamat HTTP proxy pada browser kepada 127.0.0.1 dan port 8000.


Download  GPass sekarang


8. GappProxy



GappProxy merupakan perisian http proxy berasaskan Google App Engine dan arahannya di tulis dalam bahasa Cina, sini anda boleh baca arahan dalam Bahasa Inggeris yang di offer oleh google translate.

Anda boleh muat turun GappProxy windows client dan run tanpa perlu install, tetapi mungkin masa sekarang anda perlu untuk cipta sebuah FetchServer yang baru bersama dengan Google App Engine dan Python.

Unutk run GappProxy, anda perlu set alamat HTTP proxy pada browser kepada 127.0.0.1 dan port kepada 8000.

Pada artikel yang akan datang , saya akan tulis bagaimana untuk install dan menggunakan GappProxy ini.

9. Hyk-proxy




Hyk-proxy juga dibina menggunakan Google App Engine dan arahannnya ditulis menggunakan Bahasa Cina. Bagi Bahasa Inggeris pun ada jangan risau (Nasib baik ade google translate).

Anda perlu cipta aplikasi Google App Engine untuk menggunakan Hyk-proxy client

Pada Artikel yang akan datang, saya akan tulis bagaimana untuk install dan menggunakan Hyk-proxy ini.


Muat turun add-on dari mozilla di  Autoproxy, kemudian anda boleh switch 9 jenis persisian proxy percuma di atas dengan mudah tanpa perlu mengubah tetapan (setting) pada alamat browser HTTP proxy anda. Jadi tak payah nak serabut kepala nak setting kat manalah, inilah dan sebagainya :p

atau

anda boleh guna perisian proxy percuma di bawah, di mana percuma dalam browser network setting


10. Hotspot shield



Perisian proxy ini memerlukan anda untuk membuat proses instalasi. Setelah itu barulah anda boleh menggunakan perkhidmatan proxy ini. Saya kurang suka yang ini sebab dia ada Advertisement bila anda buka mana-mana laman web (leceh betul, buat abis kena sedut je bandwith aku, dah lah FUP(Fair Usage Policy) aku 20G je permonth)


Download Hotspot Shield sekarang

p/s kalau korang ada perisian proxy percuma yang agak2 macam best, beritahulah kat saya, 

0 comments:

Post a Comment