Cara membuang virus shortcut di dalam pendrive dan external hard disk

Saturday, November 26, 2011

virus shortcut
(gambar daripada Google Images)
Sekarang ramai betul orang kena virus shortcut nie. Bila dah infected, semua file dalam pendrive ataupun external hardisk akan jadi shortcut dan file asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage dan disable task manager, regedit atau sebagainya.
Ada orang terus format, tapi akibatnya file akan hilang dan rugi banyak benda. Jom saya tunjukkan cara membuang virus shortcut ini tanpa perlu format balik pendrive atau external hard disk.

1. Gunakan Antivirus yang berkesan

Laptop kawan saya pernah kena virus ini dan dia pakai avast antivirus. Dah pakai latest definition tapi malangnya bila scan satu habuk tak jumpa pun virus. Jadi pastikan pakai antivirus yang reliable.
Saya cadangkan pakai Microsoft Security Essential (link) + Super Antispyware (link) untuk perlindungan kepada sistem windows anda. Dua-dua perisian tu percuma.

2. Buat selective scan/custom scan

microsoft security essential
Selective scan bermaksud scan guna antivirus hanya pada drive yang infected ataupun scan running processes/memory. Ini bertujuan untuk menghapuskan proses virus yang sedang aktif dalam background, serta menghapuskan file2 virus dalam pendrive atau shortcut dengan lebih pantas.
Kalau buat full scan lama sangat masa yang perlu diambil.

3. Unhide hidden file

Lepas scan dengan MSE patutnya virus shortcut dalam pendrive semua dah kena delete. Jika ada shortcut2 lagi yang tertinggal anda boleh control + A kemudian delete shortcut tersebut.
Sebenarnya, file2 dalam pendrive anda bukannya musnah dan menjadi shortcut, tetapi virus tersebut telah membuat semua file dalam pendrive anda menjadi superhidden. Shortcut2 tu sebagai taktik untuk mengelirukan mangsa supaya salah sangka file2 mereka telah musnah dan mereka harus format pendrive untuk mengembalikan kepada asal.

- Cara manual,

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.
Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:*.* /d /s -h -r -s
Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s
Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

- Cara mudah

Gunakan software Hidden file Tool : Download Hidden File Tool. Kemudian run, dan ikut langkah berikut.
hidden file tool
Ok, pada bahagian open path buka direktori pendrive atau external hard disk anda. Contohnya J:. Dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes click pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang akan dijumpai, dan anda boleh lihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden.
Superhidden file tidak boleh dilihat dengan mudah seperti anda show/hide hidden file dalam folder options.
hidden file tool[5]
Untuk restore file2 yang superhidden, tekan shift dan highlight semua file yang hendak direstore. Kemudian tekan change, dan tunggu sebentar file2 tersebut akan direstore kembali.
Cuba periksa pendrive atau external hardisk anda, kalau dah berjaya restore tahniah diucapkan.

4. Periksa kehadiran malware/spyware lain dalam komputer anda

Mungkin dalam komputer anda masih ada saki-baki malware lain yang tertinggal? Jadi menggunakan perisian seperti superantispyware anda boleh scan dan jika jumpa terus hapuskan malware tersebut.

5. Buat full scan antivirus + antispyware

Jika anda ada masa baru buat full scan pada windows anda. Sebab saya tak nasihatkan anda buat full scan pada awal2 lagi sebab full scan biasanya mengambil masa sangat lama. Anda hanya perlu hapuskan file2 tertentu sahaja.

6. Buat scan dalam safe mode

Jika perlu, atau mungkin virus tidak dapat didelete dalam windows biasa, anda mungkin terpaksa membuat full scan menggunakan windows dalam safe mode. Caranya, tekan f8 masa windows start.

Selamat mencuba, guide nak unhide hidden folder tu dah lama saya tulis sejak 2009 lagi tapi nampaknya masih relevan lagi sekarang.

0 comments:

Post a Comment