Wujudkah Software Untuk Hack Facebook

Saturday, November 26, 2011

Jika anda search “facebook password hacking”, atau“software for hacking facebook” atau yang berkaitan dengan hacking facebook pasti akan keluar senarai yang berlambak-lambak berkaitan dengannya. Tetapi benarkah wujud software yang sedemikian rupa? Facebook yang menjadi kegilaan laman sosial masa kini sering menjadi key kepada pengguna Internet di seluruh dunia untuk mencari kaedah/software yang boleh menggodam laman sosial itu atas tujuan peribadi, wang dan malah tujuan khianat.
Jawapan bagi persoalan di atas adalah mungkin wujud software yang mampu mengendalikan aktiviti hacking terhadap facebook tetapi 90% adalah software FAKE (palsu). Sebelum anda mencari software tesebut di google atau mana-mana blog atau forum, saya sudah pun membuat research selama 2 tahun lebih mengenainya. Sudah beratus-ratus website/blog/forum saya singgah namun belum ada yang benar-benar mampu untuk hack dengan mudah.
Kebanyakannya pula adalah software yang di dalamnya terdapat malware/trojan/spyware yang bertujuan untuk menipu si pengguna dengan mencuri maklumat cookies website yang anda layari. Saya pernah terkena kerana pada masa itu saya begitu taksub untuk mencari software yang dimaksudkan. Padan muka kau, maka terpaksalah restore dan format PC berulang kali dan paling bengang antivirus pun tidak dapat membantu. Antivirus yang dia tahu suruh update sahaja, cukup masa expired.
Namun lama kelamaan saya sedar bahawa untuk hack facebook bukanlah dengan cara  membeli atau download software yang berada di pasaran Internet tetapi skill peribadi di dalam server side scripting dan juga skill di dalam computer networking. Server side scripting ini termasuklah PHP dan perl. Tetapi kebanyakan software yang dibina oleh mereka menggunakan VB (Visual Basic). Oh come on, saya dah biasa sangat dengan VB, dan dari VB lah boleh wujud program trojan. Ada juga website yang meminta kita membayarnya(upah) untuk hack sesuatu akaun. Mungkin anda boleh cari tutorial how to hack facebook sebagai altenatif tetapi bukannya search software for hacking facebook.
4 Cara yang selalu digunakan untuk curi username dan password facebook adalah (ternyata berkesan):
  1. Phishing
  2. Keylogger
  3. Monitor Software seperti VNC
  4. Teknik Bruteforce Dictionary
Last but not least, don’t hack my account please if you know how to hack (:

0 comments:

Post a Comment