Cara Buka Laman Web Yang Kena Block

Sunday, June 26, 2011

Saya nak kongsikan kaedah untuk lepasi/ bypass laman-laman web yang disekat macam Youtube,Facebook, laman web File Sharing (Megaupload.com), dan sebagainya.
Kaedah untuk lepasi sekatan laman web ini menggunakan kaedah proxy iaitu menyambungkan komputer anda ke komputer lain seterusnya IP address anda akan berubah ke komputer tersebut. Ia juga akan buatkan anda sebagai anonymous semasa berada di internet.
Lihat contoh di bawah sebelum dan selepas saya aktifkan proxy ni.

Gambar di atas merupakan screenshot sebelum sambungan proxy dibuat. IP address saya adalah seperti yang ditetapkan oleh Internet Service Provider (ISP) iaitu lokasi berada di Malaysia.  IP address tersebut mengandungi maklumat lokasi dan maklumat saya. Jadi Saya telah tutup separuh sedikit atas hal keselamatan  .





Screenshot di atas pula menunjukkan maklumat setelah saya aktifkan sambungan proxy.  Nampak tak IP address saya telah bertukar secara sepenuhnya ke IP yang baru. IP tersebut berada di United States (US). Jadi segala segala aktiviti saya di internet adalah berpandukan IP tersebut dan tiada pihak yang mampu mengesan lokasi sebenar saya. Jadi itulah yang dimaksudkan dengan anonymous.
Anda juga boleh buat ujian IP address ini di laman web berikut

Cara Untuk Buat Sambungan Proxy

Baiklah tanpa bercakap panjang lagi, saya akan tunjukkan caranya. Setiap pelayar internet (internet browser) juga boleh di set menggunakan proxy ni tapi saya akan tunjukkan cara yang lebih mudah dengan menggunakan UltraSurf
Jadi terlebih dahulu anda perlu muat turun perisian UltraSurf di laman web pembangunnya.
Bagi pengguna Mozilla Firefox anda perlukan addon tambahan untuk gunakan UltraSurf. Muat turun disini. Setelah muat turun, unzip dan drag-drop pada window Firefox,  Atau melalui menu File->Open File . Setelah itu pilih install untuk pasang addon tersebut.
Sebaiknya untuk muat turun Ultrasurf tadi pilih yang  executable (*.exe) supaya tidak perlu untuk Unzip. walaubagaimanpun sekiranya anda ingin jimat bandwidth boleh pilih yang zip.
Setelah selesai muat turun jalankan file tersebut (run,execute). Satu window Ultrasurf akan muncul, anda hanya perlu tunggu untuk ia berjaya sambung ke server proxy. Tiada setting tambahan diperlukan kecuali anda ingin buat tetapan proxy yang lain atau ingin hilangkan icon mangga kuning. Untuk hilangkan mangga warna kuning tu hanya perlu ke option->hide golden Lock.
Cara lepasi Laman Web Yang Kena Block 2
Setelah status pada window tersebut menunjukkan ‘successfully connected to server’ anda sudah boleh melayari laman web yang disekat secara anonymous (bagi pengguna Internet Explorer dan Chrome)
Untuk pengguna Firefox anda perlu ‘Enable’ terlebih dahulu untuk gunakannya. Cara pada bahagian kanan bawah window Firefox anda klik pada WJ Disabled untuk aktifkan proxy.
Cara lepasi Laman Web Yang Kena Block 3

0 comments:

Post a Comment